Wednesday, December 30, 2009

New starting, new beginning

Assalamualaikum w.b.t...

Apa ni?
Hari ni 30hb Disember 2009, aku bangun pagi (dah tengahari) dan buat keputusan nak mula menulis sesuatu, catat sesuatu, mungkin cuma tulis tentang apa-apa yang aku alami, pengalaman aku, perasaan aku, mungkin nak kongsi pasal movie yang aku tengok, lagu yang aku suka, gambar yang aku ambil, etc etc etc. Sebenarnya, kalau nak dicampurkan dengan blog yang aku baru mulakan hari ni, dah ada lebih kurang 3 (ke 4?) blog yang aku rasa tiap2 tahun aku create, tulis tak berapa banyak pun, dan terbiar macam tu ja. (^_^) Tak tahu kenapa, mungkin sebab aku ni jenis yang malas nak mengupdate kot. Tapi insya Allah untuk kali ni, aku akan cuba untuk terus menulis dan konsisten.

Kenapa?
Kenapa blog? Entah... Mungkin sebab aku perasan diri aku sekarang ni banyak masa lapang (kejap ja ni, lepas ni sibuk balik...), dan tambah pulak sekarang ni ramai rata-rata ada blog sendiri, best tengok diorang kongsi-kongsi pendapat dengan orang lain, argue sana-sini, tulis pasal pengalaman, berkarya sana-sini, tambah pulak aku mengaku aku ni jenis yang tak banyak cakap, jadi blog ni boleh aku jadikan tempat aku nak luahkan apa2, tulis apa2 yang aku mahu, sebagai ganti mulut aku untuk bercakap. Tambah pulak dah tinggal di negara orang ni, mesti banyak benda yang boleh aku tulis. :) Dan lagi, aku pun kadang2 tak ingat apa yang pernah aku lalui. Jadi kalau aku tulis kat blog ni, mungkin satu hari nanti bila aku baca balik apa yang aku pernah tulis, sedikit sebanyak boleh la bantu aku mengenangkan kembali pengalaman atau pendapat yang pernah aku tulis.

Tarikh hari ni?
30hb Disember 2009, sehari selepas aku berjaya mengharungi satu lagi hari dalam hidup aku, yang jadi penanda aku dah memasuki usia 21 tahun (29hb Disember). Jadi, konon-kononnya blog ni sebagai tanda permulaan hari aku dalam usia 21 tahun ni laa.. (:D) Asalnya aku rancang nak create blog ni semalam, kononnya biar sama dengan tarikh birthday aku, sebab nanti biar kalau sambut birthday tu, aku ingat sekali la yang blog ni pun di-create pada tarikh yang sama. Kononnya laa. Alang-alang nak poyo tu, biar poyo habis. B-)
Tapi, bila semalam aku bangun tidur pun dah....... tak apa laa.. Semalam rehat2 dulu, kasi peluang sampai hari ni...
Apa2 pun, terima kasih aku ucapkan kat family dan kawan-kawan dan cikgu-cikgu yang ucapkan selamat hari jadi kat aku semalam. Banyakkkk... Walaupun tak dapat hadiah apa2 pun, tapi tak apa, aku rasa cukup bila family, kawan-kawan, dan cikgu aku masih ingat kat aku. ^_^

Jadi hari ni, hari permulaan aku akan menulis blog ni. Biar tak sama dengan hari-hari semalam, biar bahasa yang aku guna kadang2 aku sendiri pun tak paham, tapi insya Allah aku akan cuba menulis, menulis dan menulis. Harap2 kali ni aku boleh jadi rajin sikit untuk menulis, mengupdate, supaya blog kali ni boleh kekal, tak sama macam blog2 aku yang dulu... hahaha..

-Alif-

5 comments:

  1. hahaha... ko aa kena buat utk aku

    ReplyDelete
  2. salam.
    hee.x sabar nak baca ur 2nd entry. =)

    ReplyDelete
  3. kejap jer ni. pasni konpem da tak update

    ReplyDelete
  4. waa..alip dah ade blog...
    bolela letak kat blog list ak ek??hehehe..

    tula alip..kalo nak tgu alip ckp..nth bile..huhuhu^^

    ReplyDelete