Thursday, December 31, 2009

2nd day...

Hari ni usia 2 hari untuk blog aku nih.. Lepas-lepas aku bangun tido awal pagi tadi (1.40 tgh hari), zul perli aku kaw2 suruh update blog aku hari ni. Katanya, tak sabar JUGAK nak tengok 2nd entry aku. Tapi takkan aku nak update hari2 kot. Mati aku macam ni. Takpe takpe, bagi peluang, memandangkan aku pun takde apa benda nak buat hari ni, jadi aku pun tulis la sikit apa yang aku akan buat hari ni.

31hb Disember 2009, 1 hari terakhir sebelum kita semua melangkah masuk tahun baru 2010. Ada apa dengan tahun 2009? Bagi aku, tahun 2009 ni bawak banyak maksud jgak sebenarnya. Dalam tahun ni, aku melangkah ke satu alam baru bagi aku, di dunia yang baru, tempat baru, dan orang-orang baru. Aku berhijrah dari Malaysia ke negara matahari terbit (orang kampung aku panggil "country of the rising sun"), Jepun. Segala benda dan persediaan yang aku dah belajar kat JAD selama 3 tahun, bakal menyaksikan bagaimana jenis manusia yang akan aku jadi bila mula menjejakkan kaki di negara orang ni. Dari hari pertama aku sampai sini, 23hb Mac 2009, hingga la sekarang, 31hb Disember 2009, aku mengaku banyak yang dah tak sama pada diri aku. Aku belajar benda baru, aku jumpa orang baru, dan aku belajar untuk hidup dalam satu suasana budaya baru. Sebelum sampai sini, dalam kepala otak aku, aku mesti tak boleh nak sesuaikan diri. Tapi alhamdulillah, banyak sebenarnya benda yang aku tak sangka, terjadi, dan insya Allah aku dah boleh sesuaikan diri untuk hidup kat sini. :) Contoh benda yang aku tak sangka ialah, aku pernah terfikir dulu yang aku takkan ada kawan dengan orang2 jepun dan mungkin aku boleh survive sorang2 dalam kelas nanti. Tapi lain pulak benda yang jadi. Ramai je kawan2 jepun aku, dan diorang ni la yang banyak sembang2, tolong2, dan ajar aku serba sedikit cara hidup kat jepun ni.

Sambutan tahun baru? Tak bawak apa2 makna untuk aku. Dan tahun2 sebelum2 ni pun tak pernah aku nak sambut tahun baru. Cukup la sekadar tahu yang tahun dalam kalendar Gregori akan melangkah ke tahun seterusnya. Mungkin yang selalu aku buat pun, sekadar mengucapkan "Selamat Tahun Baru". Kalau kat Malaysia, fuh, nak sambut tahun baru tu macam nak sambut hari raya. Konsert sana sini, bunga api sana sini, rempit sana sini, pesta sana sini, cekup sana sini, tangkap sana sini. Rakyat Malaysia memang sporting, sambut je mana2, budaya mana2 ke, tak kisah, janji happy.... kot. Tapi di negara Jepun ni, apa yang aku tau (sekadar apa yang aku tau je la), tak ada sambutan tahun baru. Aku pun tak tau macam mana, tapi mungkin orang2 jepun semua relax2 je kot, sama macam hari2 biasa. Tido malam ni di tahun 2009, bangun esok pagi dah 2010. Mungkin dah budaya diorang tak sambut tahun baru ni. Identiti orang jepun. :)

Tapi bagi aku, 31hb Disember 2009 ni adalah hari kemuncak cuti musim sejuk aku. Malam ni pukul 11.50 malam, aku dijangkakan bertolak dari Kusatsu Station menuju ke sebuah tempat di Jepun yang bernama Nagano untuk bermain papan luncur salji (orang kampung aku panggil "snowboarding"), dan dijangka pulang 4hb Januari 2010 nanti. Jadi, aku akan menghabiskan 4 hari secara kasarnya untuk bermain puas-puas dengan papan tu. Dalam diri aku yang satu lagi, ada cakap yang program ni sebenarnya adalah sebagai kursus untuk aku mengenali orang lain dengan lebih dekat. Hahahaha.. Aku sendiri pun tak tahu macam mana. Tak sabar rasa nak pergi. :) Nanti lepas aku balik nanti, mungkin banyak benda yang aku boleh tulis kat sini. Mungkin video, atau gambar, atau apa yang aku peroleh masa "kursus" tu nanti.

-Alif-

1 comments: